Ekspedisi 4WD

Hanya sedikit pemberitahuan: esok saya dan Adriann akan ke KL. Kami akan menaiki bas dari Singapura-JB dan kemudian JB ke KL dan tinggal di Vistana Hotel untuk semalaman. Kalau ada masa sebelah petang sekitar jam 5 kami akan tengok-tengok KLCC.

Pagi Jumaat, kami akan ke Subang Jaya untuk mengambil Toyota SR dan akan memandu pulang SR ke Singapura selepas itu.

Hmm...tak pernah memandu di KL, jalan ke JB pun tak tahu. Harap-harap semua ok.

Kami akan bergerak perlahan-lahan dan akan singgah mungkin di Melaka, Negeri Sembilan dan satu dua tempat di Johor dan kalau perlu, bermalam di bandar ibu negeri mana-mana negeri yang berkenaan.

Akan update dalam blog perkembangan selanjutnya.

0 Comments:

Post a Comment