Akhirnya, jambatan usang yang dahulunya dibina bertulangkan kayu balak, kini diganti baru.


Akhirnya...sebuah jambatan baru

Cerita akan menyusul... dan akhirnya selepas lebih dua minggu, cerita tu akhirnya menyusul hari ini, 13 April.

Hmmm... cerita pasal apa tadi? Oh ya, pasal Jambatan. Mungkin sudah siap agaknya jambatan itu sekarang. Ketika gambar ini diambil pada hujung Disember 2005, kerja-kerja membaikinya sedang giat dijalankan.

Di Singapura ketika ini, isu jambatan sedang hangat diperkatakan, terutamanya selepas Malaysia membuat keputusan untuk membatalkan cadangan membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang sudah berusia 81 tahun dan membatalkan semua rundingan dengan Singapura berkaitan jambatan itu. So, isu jambatan yang sejak sekian lama menjadi duri dalam daging hubungan dua hala negara berjiran itu akhirnya selesai juga. Selesai kerana dibatalkan, bukannya selesai dibina.

Di Sungai Tingkalanon, jambatan penting yang menghubungkan perkampungan di luar pekan Tandek, rasanya sudah siap dibina sekarang ni. Apa siapa-siapa ahli komuniti masin asin yang boleh mengesahkan perkara ini?

Ketika saya melalui jambatan dahulu untuk meninggalkan kampung dan seterusnya pulang ke Singapura -- atau pulau Temasek, kata si Konong -- banyak ingatan lama muncul kembali dalam fikiran. Memanglah, kita akan teringat tempat yang sudah lama kita tinggalkan dan kemudian kita kembali hanya untuk meninggalkannya sekali lagi.

Begitulah juga mungkin halnya hidup ini. Kita bergerak dari satu arah ke satu arah, melalui jambatan demi jambatan. Ada masanya kita ingin berpaling dan berjalan semula menyusuri langkah sebelum ini. Tetapi realiti hidup segera mengingatkan kita, ia tidak lagi dapat dilakukan.

Memang betul kita boleh kembali tapi orang yang menyusur kembali jalan yang dilaluinya bukan lagi orang yang sama -- orang itu ialah orang yang telah disepak terajang oleh hidup dan orang yang kembali itu hanya dapat mengutip ingatan masa lalu.

Kerana masa lepas adalah masa lepas. Kerana masa lepas bukan masakini.

1 Comment:

  1. Little Mike (LM) said...
    2 hal dalam tulisan penghulu yang membuatkan mata saya terpaku sebentar daripada meneruskan gerak bacaan seterusnya.

    1. 'banyak ingatan lama muncul kembali dalam fikiran. Memanglah, kita akan teringat tempat yang sudah lama kita tinggalkan dan kemudian kita kembali hanya untuk meninggalkannya sekali lagi'.

    2.'Memang betul kita boleh kembali tapi orang yang menyusur kembali jalan yang dilaluinya bukan lagi orang yang sama -- orang itu ialah orang yang telah disepak terajang oleh hidup dan orang yang kembali itu hanya dapat mengutip ingatan masa lalu'.

    perasaan 'kehilangan sesuatu' daripada segumpalan rasa sedih saat saya mengiyakan 'kembali untuk meninggalkan sekali lagi'... kehidupan saya mungkin jg komuniti masinasin sudah kerap melalui perjalanan dan brasanya bukan sekali dua apa yang dikatakan 'kembali dan meninggalkan sekali lagi'... Sedihnya bila itu melibatkan kampung halaman dan terlebih kedua orang tua yang kita amat-amat sayangi. Kita banyak terlepas waktu 'membesar' bersama mereka hanya kerana perjalanan 'kembali dan meninggalkan sekali lagi'...

    Apabila tiba saat yang hanya ada kesempatan 'mengutip ingatan lalu', kita mengharapkan satu keluarga, semuanya.. yang ada untuk berkongsi masa 'mengutip ingatan lalu'...

Post a Comment