Masin Asin Flickr Album

Blog Masin Asin kini melangkah setapak lagi sebagai saluran komunikasi dalam talian antara ahli-ahli komuniti, kali ini melalui album dalam talian.

Album itu boleh diakses melalui link ini ataupun terus klik "Masin Asin Flickr". Gambar-gambar yang dimuatkan dalam album ini bukan sahaja mengenai ahli komuniti tetapi juga persekitaran yang ada kaitan dengan ahli Masin Asin Community. Ahli yang masin menyimpan gambar-gambar lama, harap terus dapat menyimpannya supaya ia kemudian boleh diimbas dan dimasukkan dalam album ini.

Sepertimana juga blog, album dalam talian ini juga boleh dikongsi oleh ahli-ahli komuniti dan boleh diakses di mana-mana asalkan ada talian internet. Ahli komuniti dan pelawat ke album itu juga boleh meninggalkan komen masing-masing.

0 Comments:

Post a Comment