Ini Mata Siapa

Ini adalah gambar sebenar yang diambil oleh National Aeronautics and Space Administration atau NASA. Gambar ini adalah hasil cantuman puluhan imej yang diambil melalui teleskop Hubble pada tahun 2003 yang diarahkan ke satu kawasan di angkasa lepas.

Apabila gambar itu dicantumkan, keseluruhan imej yang diambil di kawasan ini berbentuk begini. Penjelasan mengenai perkara itu ada di sini.


Mata siapa?

Menurut para saintis ini adalah imej satu bebola gas yang besar yang sedang menuju kematian. Matahari juga merupakan satu gumpalan bebola gas dan apabila satu ketika tiba masanya untuk ia pudar, beginilah juga bentuknya.

Matahari tidak akan cerah lagi seperti sekarang. Ia akan hanya seperti mata kebiru-biruan dan pancaran cahaya yang dikeluarkannya tidak cukup untuk menerangkan bumi.

Ketika itu zaman kegelapan akan bermula...lebih gelap dari gelap. Tiada lagi malam dan siang. Ia akan menjadi malam yang berpanjangan, malam yang terlalu gelap.

1 Comment:

  1. Little Mike (LM) said...
    Ya, mungkin waktu itulah yang akan berlaku nanti iaitu MASA KEGELAPAN SERIBU TAHUN. Ellen G.White ada menulis mengenai zaman kegelapan yang panjang...

Post a Comment