Flickr Album

UPDATE. Ahli komuniti yang ingin memuat-naik (upload) gambar-gambar ke Album Flickr Masin-Asin juga boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat asalkan ada akses Internet.

Bagaimanapun, bagi membolehkan lebih banyak gambar dimuatkan ke dalam album itu, sila kecilkan saiz gambar kepada saiz 800x600 pixels. Setiap ahli komuniti boleh memuat-naik gambar sehingga 5 keping setiap bulan. Jumlah maksimum gambar yang boleh dimuatkan setiap bulan ialah kira-kira 30 keping untuk saiz minimum 800x600 pixels.

Bagaimanapun bagi gambar-gambar lama atau gambar-gambar yang dianggap berharga, bolehlah upload dalam saiz yang besar, sekurang-kurangnya 1024x768 pixels supaya boleh dimuat turun dan dicetak oleh mana-mana ahli yang mahu mencetaknya.

Mudah sahaja prosesnya, mula-mula pergi ke www.flickr.com, klik sign-in, dan kemudian akan keluar satu ruangan yang mengandungi dua pilihan. Klik Sign-In To Flickr Using Your Yahoo! ID dan selepas itu bolehlah masukkan ID dan kata laluan yang akan saya berikan kemudian.

Proses selanjutnya ialah:

Klik "Upload Photos" kemudian akan keluar satu tetingkap (window). Di sana ada ditunjukkan ruangan "browse" untuk gambar yang ingin kita muatkan serta peratusan ruang yang sudah digunakan setakat ini. Sehingga hari ini, kuota bulanan hanya 7 peratus yang digunakan. Maknanya masih ada 93 peratus ruang untuk upload gambar-gambar.

Pada satu-satu masa boleh upload sehingga 6 keping gambar secara serentak (mengambil masa agak lama jika connection slow). Keterangan gambar boleh dimasukkan selepas selesai proses upload atau pada bila-bila masa selepas itu.

Mengenai gambar yang boleh dimuatkan, terpulanglah kepada ahli komuniti untuk mempertimbangkannya. Tapi kriterianya ialah: ia ada kaitan dengan ahli komuniti dan persekitaran mereka. Contoh-contoh sudah saya letakkan di sana. Selamat mencuba.

0 Comments:

Post a Comment