Tiada apa yang dapat dilakukan selain mengharapkan agar semuanya kembali sejahtera. Petang nanti saya akan cuba mendapatkan penerbangan pulang melalui Johor Baharu untuk melawat ibu yang sakit.

Banyak perkara yang membuat saya gembira bercampur sedih. Gembira kerana dapat bertemu semula dengan ibu bapa dan adik beradik, tidak kurang seorang pun; seperti waktu ketika kita masih kecil.

Sedih kerana keadaan ibu yang kurang sihat. Saya cuma dapat berharap kegembiraan untuk bertemu semula dengan ahli keluarga, akan berakhir dengan satu lagi kegembiraan -- ibu kembali sihat.

Semoga semua kembali sejahtera. Tolonglah, untuk kali ini dan untuk tahun-tahun yang akan datang.

1 Comment:

  1. Raja Mogudan said...
    salam sejahtera semua, pada mesyuarat induk pesta kaamatan baru2 ini saya telah mencadangkan pada sidang agar satu pukulan kulintangan dari suku kaum kimaragang diadakan non-stop 24 jam dan dimasukkan ke dalam Malaysian Books Of Record, sila bagi komen dan sokongan dan sila berhubung kepada mantan yb albert adun sebagai pengerusi KDCA daerah KM

Post a Comment