Lama Tiada Dengar Khabar

Nampaknya lama sudah blog ini tidak aktif. Kepada ahli-ahli Komuniti Masin Asin yang berkunjung ke sini tetapi tidak mendapat apa-apa artikel terbaru, minta maaflah. Agak sibuk sekarang ini -- sibuk dengan kerja dan sibuk juga kerana saya juga mengendalikan beberapa blog lain.

Begitupun, saya amat gembira dengan inisiatif ahli-ahli komuniti untuk terus berhubung dan berkongsi khabar melalui alam maya. Terbaru adalah klip video ini yang disiarkan dalam blog Mick, yang menyentuh perasaan. Ia disediakan oleh NuarEl. Terima kasih.

Harap-harap mama dan bapa sihat. Walaupun jarang sangat saya telefon di kampung, tiap-tiap hari mereka ada dalam ingatan.

Kami semua ok juga di pulau singa ini. Kadang-kadang ada la lumasu sikit-sikit tapi dalam dua tiga hari sembuhlah tumogom tu selepas makan panganadol (Panadol la tu).

0 Comments:

Post a Comment