Klik Pada Iklan

Minggu lepas saya telah membuat eksperimentasi dan meletakkan iklan Google dalam blog In-Between Points dan juga dalam blog Masin Asin. Saya nak tengok betulkah ada faedahnya meletakkan iklan Google dalam blog.

Untuk melihat faedahnya, saya galakkan mana-mana ahli komuniti untuk mengklik pada mana-mana iklan yang ada pada kedua-dua blog itu. Tak perlu buat apa-apa, cuma klik sahaja, tak kiralah berapa kali sehari.

Ahli-ahli komuniti juga boleh meletakkan iklan pada blog masing-masing, cuma barangkali agak sedikit sukar untuk mendapatkan iklan yang menarik jika tiada entry dalam bahasa Inggeris. Sesiapa yang sudah meletakkan iklan pada blog masing-masing, bolehlah kita bertukar-tukar klik. Bagaimanapun, janganlah terpengaruh sangat dengan apa yang disebut dalam iklan itu. Yang penting, jika mahu lakukan apa-apa untuk menerima tawaran dalam iklan itu, maklumkan dahulu supaya tidak terperangkap dengan apa-apa tawaran itu.

Tak perlu buat apa-apa sebenarnya, hanya klik sahaja pada beberapa iklan yang ada. Itu sudah memadai.

0 Comments:

Post a Comment