Susahnya Matematik: II

Baru-baru ini saya menghadiri Bengkel Matematik Untuk Ibu Bapa yang dikendalikan seorang Profesor Matematik dari National University of Singapore. Saya tanya beliau bagaimana budak sekolah rendah boleh menjawab soalan yang susah macam ni? Tidakkah ini sesuai untuk soalan tingkatan satu atau dua?

1. Tom and Gary ran in a race. When Gary had completed the run in 20 minutes, Tom had only run 5/8 of the distance. Tom's average speed for the race was 75 m/min less than Gary's.

a) Find the distance of the race.
b) What was Tom's speed in m/min?


Beliau kata, tidak. Soalan ini tidak sukar jika seseorang kanak-kanak itu dibiasakan supaya mempunyai kecenderungan terhadeap nombor (number sense). Beliau kata, jika susah sangat, buat grafik yang boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

Menurut beliau lagi, kadang-kadang sesuatu soalan itu menjadi sukar kerana seseorang itu membacanya dengan sekaligus. Sepatutnya, kata beliau, pecah-pecahkan soalan itu dan fahami situasinya satu demi satu. Soalan ini, katanya, boleh dipecah-pecahkan seperti berikut:

Tom and Gary ran in a race: (Bayangkan Tom dan Gary berada di garisan permulaan, kemudian kedua-duanya berlari).

When Gary had completed the run in 20 minutes (Bayangkan Gary sampai di garisan penamat selepas berlari selama 20 minit)

Tom had only run 5/8 of the distance. (Bayangkan ketika Gary sampai di garisan penamat, Tom masih ketinggalan. Ketinggalan macam-mana? Adakah separuh jalan, lebih separuh jalan? Ok, Tom ketinggalan lebih separuh jalan).

Tom's average speed for the race was 75 m/min less than Gary's. (maksudnya di sini, tiap-tiap seminit, Gary mendahului Tom sejauh 75 meter).

a) Find the distance of the race. (Kalau Tom hanya dapat menghabiskan 5/8 daripada bahagian jarak itu, maksudnya ialah jarak yang memisahkan dia dan Gary ialah 3/8 bahagian daripada jarak itu).

b) What was Tom's speed in m/min? (Soalan ini hanya boleh dijawab apabila kita tahu jawapan bagi a) di atas)

Jawapan akan diberikan minggu depan. Sementara itu, ada siapa-siapa mahu cuba menjawabnya?

0 Comments:

Post a Comment