Setiap dari kita rasanya pernah belajar Sejarah. Dulu zaman sekolah menengah pada hujung tahun 1970-an, subjek Sejarah masih dikenali sebagai Tawarikh (dari perkataan Arab yang bermaksud tarikh, atau haribulan, kalau tidak silap).

Alkisahnya, semasa di Tingkatan Dua, adalah subjek Sejarah Tanah Melayu, khususnya yang merujuk kepada Perang Larut di Perak pada tahun 1840-an dahulu.

Tiada apa-apa yang melucukan daripada Perang Larut itu. Tetapi seorang kawan Momogun yang berasal dari sebuah kampung kira-kira 15km dari Masin Asin tiba-tiba tersengih-sengih semasa guru sedang mengajar mengenai Perang Larut.

"Apa kau ketawa?" tanya saya.
"Macam mana saya tidak ketawa...seluar pun ikut berperang".

Barulah saya faham kelucuannya. Ia berpunca daripada perkataan "Larut" yang hampir sama bunyinya dengan perkataan "ralut" yang bermakna "seluar" dalam bahasa Momogun. Kalau dalam bahasa Melayunya, ralut bermakna "seluar jerut".

Bercerita pasal larut, dulu masa Darjah 4, saya pernah pakai larut untuk ke sekolah, matching dengan baju seragam! :)

0 Comments:

Post a Comment