BLOG LAMA TAMAT RIWAYAT

Masih ingat blog masinasin.blog-city.com, blog pertama komuniti masin asin? Hari ini saya cuba akses blog tu tapi diberitahu "opps...there is an error. blog is not found".

Ertinya, blog lama tu dah tamat riwayat sebab tak dijaga. Satu daripada cara untuk menjaga blog ialah dengan selalu menulis cerita di dalamnya. Jika tidak, lama kelamaan blog itu akan lenyap sendiri, terutamanya blog yang menggunakan blog-city.com.

Banyak cerita lama yang "berkubur" di sana...dan juga komen-komen lama. Tapi apa boleh buat, sudah nasib dia. Blog yang ada ni kena jaga betul-betul.

2 Comments:

  1. =L=E=M= said...
    saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh tok penghulu...laman ini haruslah dijaga sebaik mungkin agar tidak senasib dengan laman yang sebelumnya...
    Little Mike (LM) said...
    sayang seribu kali sayang.. dan dengan tercetusnya perasaan 'sayang' inilah maka terperciklah perasaan untuk tidak mahu kehilangan blog yang sudah sedia meriah ini... Apa yang terkubur itu ibarat khazanah yg patut dicari kembali tetapi ia telahpun menjadi sejarah maka seharusnya ia menjadi panduan kepada para blogger agar sentiasa menjaga dengan seadanya... secara logiknya tinggalan sejarah akan menyusul 'relic' dan harap 'relic' itu akan berjaya ditemui suatu hari nanti..

Post a Comment