Ini untuk ahli komuniti blog Masin Asin. Petua ringkas memanipulasi template:

1. Sebelum melakukan apa-apa perubahan pada template, sila copy template asal ke dalam Notepad (bukan Word) dan savekan.

2. Selepas melakukan perubahan template, jangan terus save template change atau republish. Preview dahulu dan tengok hasilnya. Selepas berpuas hati, bolehlah save template change dan republish.

3. Jika mahu mengubah penampilan atau rekabentuk blog, sama juga. Copy template asal ke dalam Notepad. Lepas tu, pililah rekabentuk dengan mengklik pick new. Amaran: peralihan rekabentuk akan menyebabkan ciri tambahan seperti tagboard atau sitemeter atau sebarang tambahan lain yang kita masukkan dalam blog akan hilang. Yang kekal cuma cerita yang kita post dalam blog. Oleh sebab itu, penting back-up template dengan menyalinnya ke dalam Notepad.

4. Selepas rekabentuk blog beralih ke rekabentuk baru, pastekan semula tagboard, sitemeter dan lain-lain.

5. Bagaimanapun, jika blog bercelaru akibat memandai-mandai ubah skrip Java dan html, jangan risau. Klik sahaja pick new dan pilih sekali lagi design asal blog. Lepas tu paste balik tagboard atau sitemeter kalau ada.

6. Jadikan amalan untuk save apa-apa skrip Java atau html yang kita tambah dalam blog supaya kalau jadi apa-apa dengan blog kita, maka senang untuk memulihkannya.

Sekian dan terima kasih.

3 Comments:

  1. Little Mike (LM) said...
    Jack, minta Blogger code html utk list colour... pas tu bleh ka kita ubah background colour umpamanya untuk background colour 'about me' sahaja...atau 'prevoius post'... nak ubah sket... semua hitam saja... cepat ngantuk mata sia... hehe
    Jaxon S said...
    tak pasti pasal colour code. bolehlah cuba-cuba hack tu template dan tengok apa jadi
    Little Mike (LM) said...
    Aikk..lyedd... ada pula sia ngarah boss. Aku bukan stakat tak sampai ati nak ngarah2 nie, nak terfikir pun, sehabis napas aku pun tak terfikir nak ngarah bos kita nie.. sa org bertandang, menumpang ilmu kut2 ada yang bleh sa pakai... pepandai je ko ni kan lyedd.. hehe harap pengetua tu tak termakan provok lyedd nie.. lyedd, sa nak cadang utk menghalang daripada mengeluarkan statement yg boleh mengganggu gugat keamanan dunia, kena ubah fakta tulisan ko jadikan 'aku akan jadi tukang bukak gate kalau aku memprovokasikan org' hehe... jan marah...

Post a Comment