Semalam, 11 Jun adalah hari terakhir masa sibuk bagi tugas-tugas yang berjadual di republik ini. Hari ini, keadaan pulih seperti sedia kala dan tugas-tugas seharian berlangsung seperti biasa...

Hujung minggu ini, akan ke KL selama 4 hari -- tiba di KL pada petang 18 Jun. Malam free. Isnin hingga Rabu, mesyuarat memanjang di ibu pejabat mengenai soal-soal "memperkasakan" organisasi. Semua ketua-ketua dari seluruh negara serta dari Singapura, Bangkok dan Jakarta dipanggil untuk memberi sumbangan idea-idea.

Sepanjang di KL, duduk kat Hotel Putra, di Jalan Tun Razak, dekat dengan perpustakaan negara. Siapa-siapa ahli komuniti yang ada di lokasi berhampiran, bolehlah singgah. Sunday malam free, Monday malam ada dinner sampai jam 10.30pm, Selasa malam (20 Jun) free. Bolehlah datang lepak-lepak, teh tarik kat mana-mana gerai atau tak pun, boleh juga saya naik teksi cari korang, kalau jarak tak jauh sangat.

Ok. You have my contact number -- aso iso duo, walu tolu aso walu siyam aso aso!

Petang 21 Jun, pulang semula ke negara Singa dan kemudian selepas itu, rasanya mahu berehat selama seminggu. Dah tak larat kerja dah, kata orang Malaya.

Minggu depan di negara Temasek ini, sekolah masih cuti. Sekolah hanya buka 26 Jun ini. So, nampak gayanya bolehlah rehatkan mental yang sudah teruk diperah dan jika diperah terus pun, tak ada lagi idea yang akan menitis keluar.

Sementara itu, blog ini menanti dengan penuh minat perkembangan dari tanah air. Rasanya Mick akan update dalam blog perkembangan-perkembangan itu.

Selain itu, blog ini juga akan cuba extract gambar-gambar yang ada dalam blog komuniti Masin-Masin dan poskan ke dalam album Masin Asin Flickr.

Sememtara itu, ucapan selamat untuk semua. Juga tahniah untuk ahli komuniti yang mendirikan rumahtangga dan yang mengikat pertunangan baru-baru ini...

0 Comments:

Post a Comment