Kamera

Ingin membeli kamera digital? Tunggu dulu. Baca dahulu pengalaman seseseorang (iaitu sayalah) yang dua kali tersilap beli kamera digital. Bukan silap sebenarnya, cuma terlalu awal membeli kamera.

Jika saya tunggu beberapa bulan lagi, pasti saya akan dapat kamera yang cukup baik untuk keperluan jurugambar amatur. Sekarang ini, kamera yang saya idamkan ialah:

1. Mempunyai "super" zoom (sekurang-kurangnya 12x optical plus 4x digital).
2. Mempunyai auto dan manual control.
3. Ada continuous shot (sekurang-kurang 2.5 frame per second)
4. Gambar yang tajam dan penuh dengan detail.
5. Sekurang-kurangnya 5 megapixel.

Kamera yang boleh memenuhi keperluan ini cuma empat: Canon Powershot S2 IS, Panasonic DMC-FZ7, Sony Cybershot H1, Konica Minolta DiMAGE Z5.

Antara semua itu saya pilih Canon S2 IS. Wai sudah beli model ni, dan berpuas hati. Bagaimanapun Canon baru sahaja mengeluarkan upgrade kepada S2 IS dengan model terbaru Canon S3 IS. Harga dalam RM1,650 kalau tak silap. Antara penambahbaikan ialah:

1. Mempunyai "super" zoom (sekurang-kurangnya 12x optical plus 4x digital) (sama)
2. Mempunyai auto dan manual control. (sama)
3. Continuous shot 3 frame per second (untuk ambil aksi-aksi pantas seperti sukan, etc)
4. Gambar yang tajam dan penuh dengan detail.
5. Kini dengan 6 megapixel.
6. Kualiti video yang bertambah baik.

Jika ada budget dan jika sudah ada dalam pasaran, S3 IS adalah pilihan tepat. Jika tidak, memadailah dengan S2 IS (yang hampir sama harganya tetapi biasanya datang dalam pakej memory card 512MB yang boleh memuatkan sehingga 300 keping gambar resolusi terbaik atau sehingga 3,000 keping untuk resolusi terendah).

Namun jika budget menjadi halangan, ada beberapa model lain tetapi tidaklah sama power dengan kamera-kamera di atas.

Untuk Mick, harap review di atas dapat membantu. Jika model kamera compact (kamera di atas bukan kamera compact), yang boleh dimasukkan dalam poket, juga ada beberapa model yang akan saya rekomenkan jika berminat. Harga kamera compact biasanya lebih rendah daripada kamera super zoom.

2 Comments:

  1. Little Mike (LM) said...
    Thanks.. sia sudah dapat gambaran yang jelas... Saya pada mulanya sedang memilih antara Canon, Panasonic dan konica dan rasanya saya teringin membeli Konica DiMAGEZ5... bergantung kepada mudah tidaknya penggunaan dia punya function. Mcm si Wai punya tu, sia agaknya sudah faham menggunakannya dan sudah selalu menggunakannya dan menjadi pilihan kedua kalau Konica tu terlalu 'abstrak' sangat untuk difahami....
    Jaxon S said...
    Konica Minolta Z5 juga okay. Baru saya perasan, kamera Z5 juga sudah ada upgrade iaitu Konica Minolta Z6 (rasanya sudah dalam pasaran sejak awal tahun). So kalau tak jauh beza harga dengan Z5, baik ambil Z6.

    Cara controlnya tak jauh beza dengan Canon S2 IS atau S3 IS. Semua ciri hampir sama, dan continuous shot juga lebih laju.

Post a Comment