Proton Saga Untuk Dijual

Selepas berfikir masak-masak, separuh-masak, mengkal-mengkal dan mentah-mentah, akhirnya Tok Penghulu mengambil keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Proton Saga yang selama ini amat banyak berbakti kepada tuannya.

Kereta tu Tok Penghulu beli pada 1993 dan sejak tu tak pernah memberi masalah, kecuali hal-hal berkaitan tayar bocor dan bateri hilang cas. Dalam keadaan terdesak, Koropiton Saga itulah yang menjadi penyelamat...beli kediaman pun kalau tidak kerana bantuan hasil re-loan Koropiton Saga tu, tak terbelilah rumah tu.

Lepas tu, semasa Toyota SR baru keluar di pasaran, Koropiton tu lah yang membantu melangsaikan sebahagian besar daripada bayaran deposit. Kalau tak, SR pun tak terjangkau. Sungguh banyak jasa Koropiton tu. Sebab tu apabila Miewella bisik-bisik pasal proton tu, saya kata saya fikir dulu.

Sekarang ni, selepas puas berfikir, akhirnya buat keputusanlah -- pergilah kau wahai Koropiton Saga. Mudah-mudahan ko berjasa pula dengan tuan yang baru. Harganya? Ini tengah fikir juga ni. Miewella kalau ada cadangan pasal harganya boleh e-mail ke masinasin@hotmail.com -- rasanya taklah tinggi sangat, masih ada loan lagi dalam 16 bulan (RM320 sebulan).

3 Comments:

  1. =L=E=M= said...
    wah..memang berjasa juga tu proton...
    Anonymous said...
    Mmang brjasa sgt proton tu. sbenarny sya pn pnh trhutang budi pdnya thn 1996. klu bukan prton tu, alamat jln kaki la sya p church dgn baju kembang pengantin...
    Tok..trimas atas maklumat ini. Nanti kmi runding bebaik dgn c lem dlu.. tu pn klu Tok belum ada rancgn lain... ya..ya.

    miewella;
    Jack said...
    bah fikir-fikir la. kalau tidak jadi pun tidak apa...jgn rasa tertekan apa-apa.

Post a Comment