Comment Spammers

Akhir-akhir ini pengguna blogspot menjadi mangsa spam -- komen-komen yang dihantar secara automatik ke dalam blog dengan tujuan mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan. Beberapa blogger masin-masin seperti Mickey's Corner dan Clem's Stall juga didapati telah menjadi mangsa spam.

Setakat ini, spam yang dihantar ke ruangan komen masih boleh ditoleransi kerana kandungannya tidaklah sangat boleh merosakkan reputasi sesuatu blog. Bagaimanapun keadaan ini boleh menjadi bertambah buruk sekiranya tidak dibendung awal-awal. Spammers can be pretty nasty in their effort to get attention.

Baru-baru ini blogspot telah memperkenalkan kaedah untuk mengawal kegiatan spammers ini dengan memperkenalkan word verification untuk setiap komen yang dihantar.

Kepada semua blogger masin-asin, sila aktifkan word verification anda bagi mengelak ruangan komen menjadi mangsa manipulasi oleh spammers. Caranya mudah saja, log in ke blog anda, pergi ke Settings, klik Comments dan ikut arahan seperti yang dinyatakan.

Word verification untuk blog ini telahpun diaktifkan bagi mencegah penghantaran komen secara automatik.

1 Comment:

  1. Jack said...
    test

Post a Comment