Saya sedang memikirkan satu atau dua projek yang ada kaitan dengan blog Masin Asin Community. Ahli-ahli komuniti boleh memberikan input dan cadangan masing-masing dan juga boleh membantu melakukan penyelidikan. Saya rasa banyak yang boleh dilakukan, termasuk mendokumenkan arkib komuniti Masin Asin seperti gambar-gambar lama, dan sebagainya.

Bagaimanapun, hanya untuk makluman, buat masa ini saya sedang memikirkan dua projek untuk blog ini.

Yang pertama ialah untuk mendokumentasikan salasilah Komuniti Masin Asin, kalau boleh hingga mencapai sekurang-kurangnya ke peringkat lima generasi terdahulu. Mick, Nuar dan Lem mungkin boleh membantu melakukan penyelidikan ini mengenai nenek moyang sebelah mama dan nenek moyang sebelah bapa.

Projek seterusnya yang saya akan usahakan sendiri ialah untuk mendapatkan gambar satelit kedudukan sebenar wilayah Masin Asin di atas peta dunia. Saya fikirkan begini: mula-mula dapatkan gambar sebenar bumi dari satelit, kemudian zoomkan kamera satelit ke kawasan Asia, kemudian zoom kan lagi ke Asia Tenggara, diikuti Malaysia, Sabah, Utara Sabah, Kota Marudu, kemudian Tandek dan kemudian zoom lagi hingga hanya tinggal kawasan masin-asin (rumah dan sawah padi di sekitar). Tentu menarik jika dapat melihat wilayah masin asin dari angkasa.

Projek gambar satelit ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Ia agak sukar tetapi saya sudah mendapat beberapa gambaran dan kaedah untuk melaksanakannya. Bagaimanapun, untuk itu saya memerlukan perkakasan IT yang terkini, yang belum dapat saya miliki.

Untuk projek salasilah Masin Asin, barangkali ahli komuniti boleh memulakannya dan e-melkan ke masinasin@hotmail.com. Apabila semua input sudah ada, saya akan proses dan letakkan maklumat itu dalam satu pangkalan data dalam talian yang boleh diakses oleh ahli komuniti di mana-mana pada bila-bila masa, asalkan ada kemudahan internet.

Let's just cross our finger and wish these projects a success!

0 Comments:

Post a Comment