Sempena Genap Setahun

Beberapa perubahan telahpun dilakukan untuk blog Masin Asin Community sempena genap setahun kewujudan blog ini. Untuk mengenang kembali kewujudan blog ini setahun lepas, sila ke arkib May 2004 untuk membaca catatan pertama di blog ini.

Sila berikan maklum balas juga sekiranya terdapat masalah melayari blog yang telah diubah suai rekabentuk ini.

Sistem komen juga telah diperbaharui menggunakan sistem Haloscan. Bagaimanapun ini menyebabkan komen-komen lama hilang. Jika ada masa, ahli-ahli komuniti bolehlah meletakkan komen baru di mana-mana catatan yang ada.

Perubahan sistem komen ini dibuat kerana sistem komen yang terdapat pada reka bentuk blog ini tidak memaparkan identiti mereka yang membuat komen menyebabkan kita tidak tahu siapa yang membuat komen itu -- sama ada dia seorang blogger atau seorang anonymous.

1 Comment:

  1. Jaxon S said...
    comment test

Post a Comment