Kononnyalah. Saya pun tidak tahu. Tapi rasanya tiada salah jika dicuba. Lagi pun halia sebenarnya tergolong dalam kategori herba dan madu lebah pula memang diakui dunia saintifik sebagai membawa kebaikan untuk manusia.

Caranya begini. Ambil kira-kira setengah genggam halia, bersihkan dan kemudian tumbuk sehingga lumat untuk menghasilkan kira-kira setengah gelas bahan halia hancur. Lepas tu campurkan madu lebah kira-kira tiga sudu makan dan lepas tu campur air suam sehingga gelas tu penuh. Lepas tu, kacau campuran hingga sebati dan minum sehingga habis.

Pastikan madu tu yang original punya, sebaik-baiknya madu putih. Seboleh-bolehnya bukanlah dari madu yang dijual di supermarket tapi kalau tiada jumpa madu original bolehlah juga gunakan yang dijual di kedai. Minumlah campuran tu sekali sehari. Pantang: jangan mandi apabila matahari sudah terbenam atau sebelum matahari terbit. Tak tahulah mujarab atau tidak penawar tradisi ini. Cubalah dalam seminggu kalau tiada perubahan, maknanya tidak mujarablah ramuan ini. Ada juga orang kata kunyit hitam lebih mujarab lagi berbanding halia.

Mana mau dapat madu ori dan madu putih? Yang saya tahu dua tempat sahaja: di gerai-gerai yang ada di Jalan Tamparuli-Kundasang dan di satu gerai tepi jalan antara Gunung Emas dan Pekan Tambunan.

Bah cubalah, kalau mujarab, bolehlah saya menceburi profesion baru sebagai seorang bomoh.

0 Comments:

Post a Comment