Mulai esok, saya tidak ada lagi tempat untuk mengoperasikan blog ini. Saya tak lagi turun ke pejabat. Majlis perpisahan di ofis diadakan pada sebelah petang. Faham-fahamlah bila sudah selesai majlis perpisahan, seganlah sikit untuk muncul lagi di ofis selepas tu.

Komputer di rumah juga tidak online. Selain itu, nombor handphone juga tidak lagi berfungsi kerana ia akan diserahkan balik kepada pejabat di KK. Saya kini menggunakan nombor 012 (sudah dismskan dgn beberapa ahli komuniti. sila rujuk dgn pengendali clem's stall).

Terima kasih atas ucapan tahniah. Terima kasih dan apology untuk semua. Sama-samalah kita "rumilik" (mencantas belukar) untuk memajukan jalan masing-masing.

0 Comments:

Post a Comment