A Blog From Mick

On Christmas Day, Mick created a blog. Here is the excerpt:

Benarkan Bahasa Melayu menyelit di antara sirloin steak dan french fries....: Barangkali lebih afdal bila 'bertarung' di puncak maya di arena bahasa yang sama bukan! Saya menjangkakan sebahagian daripada diri saya bersetuju tentang hal ini. Saya pernah menyukainya dan selalu mahu menjadi sebahagian daripadanya... sebagai seorang yang MULTIBAHASA...

Firstly, I want to say congratulation. Secondly, I hope other members of the Community would also come up with their own blog. As you can see I already added Mick's blog to the Masin-Asin Links. Next, I want to say something in Bahasa Melayu:

Tahniah dan selamat datang ke dunia blogger. Sebenarnya, tak kisah. Blog boleh dalam bahasa apa sekalipun. Apa yang penting dapat berkomunikasi. Ada beberapa blog berbahasa Melayu yang boleh saya berikan contoh seperti blog ini dan ini.

Sengaja saya buat blog Masin-Asin dalam bahasa Inggeris supaya boleh dibaca oleh semua masyarakat di dunia. Namun jika diperhatikan, terdapat banyak kesalahan nahu dalam cara saya menggunakan bahasa Inggeris. Sebenarnya, blog adalah medan terbaik untuk saya berlatih memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris.

Saya juga ingin menyebut bahawa blog Masin-Asin Community sebenarnya memang dibaca orang di luar negara. Gambarajah berikut merupakan gambaran mengenai pembaca blog Masin-Asin Community berdasarkan benua dan zon masa di mana mereka berada seperti yang dikesan oleh www.sitemeter.com:

Yang lain bila lagi mahu buat blog/laman web?


0 Comments:

Post a Comment