Untuk makluman semua ahli komuniti, saya berada di KL antara 5-15 Disember ini untuk liputan persidangan Asean dan Asia Timur. Mungkin tak sempat jumpa ahli komuniti yang ada di sini. Saya menginap di Crowne Plaza, dekat KLCC. Jika ada ahli komuniti berada di lokasi berhampiran, bolehlah singgah...
Seorang anonymous telah menghantar teka-teki mengenai seorang jaga yang mengejutkan tuannya dari tidur kerana dia ternampak sebuah kereta yang mencurigakan. "Tuan, tuan posik," kata jaga itu. Lalu tuannya pun menulis nombor kereta berkenaan. Apakah nombor itu?
Jawapannya mudah sahaja kalau kita rujuk kepada Kamus Momogun-Urang Putih seperti di bawah:
Selain itu ada lagi beberapa insiden yang pernah melibatkan Urang Putih dan orang Momogun:
Suatu hari di pasar tamu:
Blog ini mengalu-alukan sumbangan karya daripada ahli-ahli keluarga Masin Asin Community sama ada yang jauh mahupun dekat. Sesiapa yang mempunyai bahan, tak kiralah cerita pendek, coretan kreatif, gambar, lakaran atau apa-apa bahan, sila hantar untuk disiarkan dalam blog ini.
Karya-karya berkenaan akan disiarkan selepas dipertimbangkan oleh editor (saya la tu) dalam ruangan "Karya Pilihan". Karya-karya hendaklah dihantar melalui e-mel ke alamat masinasin@hotmail.com. Selamat berkarya.
Penghulu is in KL from Oct 25-28. Will be busy... may not be able to blog and to see the tag-board during that time. All the best to everyone. My contact number: aso iso duo - walu tolu aso walu siyam aso aso. Also via e-mail masinasin@hotmail.com
I can already sense the excitement in the air. Three members of the community will be taking a flight back to the Masin Asin homeland this early November -- Mick, Wai and Konong.
Another one -- Nuar -- will ride a boat across the sea from Jambongan island. Others would be driving home from various directions.
The destinaton: a house in Masin Asin. One member of the community would not be able to make the journey: me. I am sorry, I can't make it. I would like to have the opportunity though, to be able to once again reunite after all these while -- like what we used to do years ago in distant memories. But that can't be change now. So I shall just sit here in Temasek and to carry on living.
I read in the tag-board about someone mentioning about broiling a tapioca or what we say in momogun mongolugu tampasuk. Bah, go ahead and broil the tapiocas. Just be careful when eating it -- because it can really stain the teeth if you don't clean it properly before eating it. To members of the community, enjoy the holiday and the reunion.
Just remember, I will be there in spirit. I will always be there in spirit no matter what happen to my physical being. Send my best regard to ama and iyai.
Untuk makluman ahli komuniti masin-asin, sistem komen kini kembali menggunakan Blogger's Comment dan tidak lagi menggunakan Haloscan. Ini kerana kandungan komen dalam Haloscan tidak berkekalan. Selepas empat bulan, ia akan lenyap sendiri.
Oleh sebab tu mulai hari ini, hanya ada satu pengendali komen dan bukan lagi dua seperti sebelum ini. Ini tidak bermakna, peluang untuk memberi komen sudah berkurangan. Sebaliknya ini hanya untuk sentiasa menambah baik sistem komen yang ada.
That's all for now... yang belum ada blog tu, bolehlah mulakan blog menjelang hujung tahun ni. Ada juga yang mo ditunggu-tunggu awal tahun nanti... :)
I certainly would like to see this blogging community evolving into a bigger network by having other immediate and extended members of the community to create a blog. If you knew of any members having a blog but is yet to be linked here, please alert the "Masin Asin Administrator", that is me, of their existence.
Selepas berfikir masak-masak, separuh-masak, mengkal-mengkal dan mentah-mentah, akhirnya Tok Penghulu mengambil keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Proton Saga yang selama ini amat banyak berbakti kepada tuannya.
Kereta tu Tok Penghulu beli pada 1993 dan sejak tu tak pernah memberi masalah, kecuali hal-hal berkaitan tayar bocor dan bateri hilang cas. Dalam keadaan terdesak, Koropiton Saga itulah yang menjadi penyelamat...beli kediaman pun kalau tidak kerana bantuan hasil re-loan Koropiton Saga tu, tak terbelilah rumah tu.
Lepas tu, semasa Toyota SR baru keluar di pasaran, Koropiton tu lah yang membantu melangsaikan sebahagian besar daripada bayaran deposit. Kalau tak, SR pun tak terjangkau. Sungguh banyak jasa Koropiton tu. Sebab tu apabila Miewella bisik-bisik pasal proton tu, saya kata saya fikir dulu.
Sekarang ni, selepas puas berfikir, akhirnya buat keputusanlah -- pergilah kau wahai Koropiton Saga. Mudah-mudahan ko berjasa pula dengan tuan yang baru. Harganya? Ini tengah fikir juga ni. Miewella kalau ada cadangan pasal harganya boleh e-mail ke masinasin@hotmail.com -- rasanya taklah tinggi sangat, masih ada loan lagi dalam 16 bulan (RM320 sebulan).
Lelong, lelong. Blog untuk dilelong. Percuma. Klik di sini. Siapa berminat boleh minta password dari Tok Penghulu.
Siapa tak berminat boleh register sendiri di www.blogsome.com. Agak canggih juga blog ni cuma kena biasakan diri sebab cara pengendaliannya agak rumit berbanding Blogspot. Cuma kelebihan Blogsome ialah banyak ciri-ciri istimewanya termasuk template 3 kolum seperti dalam blog yang sedang dilelong.
I can't believe this blog can become so inactive as it is this month. It's as though it's hibernating. I -- and the rest of the community -- should really try to get this blog moving, living and kicking.
By the way, just a brief update, I will be in KL 25-28 Sept. Will be in KL also next month.
Akhir-akhir ini pengguna blogspot menjadi mangsa spam -- komen-komen yang dihantar secara automatik ke dalam blog dengan tujuan mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan. Beberapa blogger masin-masin seperti Mickey's Corner dan Clem's Stall juga didapati telah menjadi mangsa spam.
Setakat ini, spam yang dihantar ke ruangan komen masih boleh ditoleransi kerana kandungannya tidaklah sangat boleh merosakkan reputasi sesuatu blog. Bagaimanapun keadaan ini boleh menjadi bertambah buruk sekiranya tidak dibendung awal-awal. Spammers can be pretty nasty in their effort to get attention.
Baru-baru ini blogspot telah memperkenalkan kaedah untuk mengawal kegiatan spammers ini dengan memperkenalkan word verification untuk setiap komen yang dihantar.
Kepada semua blogger masin-asin, sila aktifkan word verification anda bagi mengelak ruangan komen menjadi mangsa manipulasi oleh spammers. Caranya mudah saja, log in ke blog anda, pergi ke Settings, klik Comments dan ikut arahan seperti yang dinyatakan.
Word verification untuk blog ini telahpun diaktifkan bagi mencegah penghantaran komen secara automatik.
After wandering in space for ages, you woke up on one fine day and found your spaceship heading directly towards a green and blue planet. The radar beeps and galaxical inter-stellar positioning system pointed to an exact location on that planet. A message blinked across the screen: there's one place on that planet where you can land safely. It's called Masin Asin. They have a nice community there... 

So you circled, and circled. According to your calculation, you need 24 hours more of floating towards the east to be able to see Asia where Masin Asin is located! To be continued....
Today is July 16, and you have made a considerable progress towards your landing point on the planet, which is now you've come to know as Planet Earth.
Now you are hoovering over Asia at the altitude of 9,548.07 miles in space. Like the journey so far? 

4800 miles 

1765.77 mile 

530 miles 

137.43 miles 

43 miles 

15 miles and Kota Marudu is visible, so does Tandek 

46,000 feet 

19,000feet 

To be continued....
Saya sedang memikirkan satu atau dua projek yang ada kaitan dengan blog Masin Asin Community. Ahli-ahli komuniti boleh memberikan input dan cadangan masing-masing dan juga boleh membantu melakukan penyelidikan. Saya rasa banyak yang boleh dilakukan, termasuk mendokumenkan arkib komuniti Masin Asin seperti gambar-gambar lama, dan sebagainya.
Bagaimanapun, hanya untuk makluman, buat masa ini saya sedang memikirkan dua projek untuk blog ini.
Yang pertama ialah untuk mendokumentasikan salasilah Komuniti Masin Asin, kalau boleh hingga mencapai sekurang-kurangnya ke peringkat lima generasi terdahulu. Mick, Nuar dan Lem mungkin boleh membantu melakukan penyelidikan ini mengenai nenek moyang sebelah mama dan nenek moyang sebelah bapa.
Projek seterusnya yang saya akan usahakan sendiri ialah untuk mendapatkan gambar satelit kedudukan sebenar wilayah Masin Asin di atas peta dunia. Saya fikirkan begini: mula-mula dapatkan gambar sebenar bumi dari satelit, kemudian zoomkan kamera satelit ke kawasan Asia, kemudian zoom kan lagi ke Asia Tenggara, diikuti Malaysia, Sabah, Utara Sabah, Kota Marudu, kemudian Tandek dan kemudian zoom lagi hingga hanya tinggal kawasan masin-asin (rumah dan sawah padi di sekitar). Tentu menarik jika dapat melihat wilayah masin asin dari angkasa.
Projek gambar satelit ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Ia agak sukar tetapi saya sudah mendapat beberapa gambaran dan kaedah untuk melaksanakannya. Bagaimanapun, untuk itu saya memerlukan perkakasan IT yang terkini, yang belum dapat saya miliki.
Untuk projek salasilah Masin Asin, barangkali ahli komuniti boleh memulakannya dan e-melkan ke masinasin@hotmail.com. Apabila semua input sudah ada, saya akan proses dan letakkan maklumat itu dalam satu pangkalan data dalam talian yang boleh diakses oleh ahli komuniti di mana-mana pada bila-bila masa, asalkan ada kemudahan internet.
Let's just cross our finger and wish these projects a success!
The heart seemed to be cooling down. Here's a graphic that may be able to tell how the heart is doing at the moment -- there are some cool colours now, in contrast to the red-flaming colour of anger previously.


There seemed to be a flame in the heart that refuses to die out -- the burning feeling of anger, tormenting the soul night and day, each day and each week, eating up the self from within. No amount of sleep, eat, work can put it down.
I should really try to manage that anger and bring it down to a level so that it would not destroy me.
To all members of the community who feel offended by my anger-induced irrationality of behaviour, please accept my apology.
Picture taken from my 6th floor apartment, on one stormy day, where I had to delay going to work because of the rain
That's it. I am returning home. But of course, I will be coming back to Singapore again. It just a trip home. From June 6, that is. I am taking a leave so that I can sort out things and to move on again. All in all, it has been a good month in Singapore.
During the period I've reported on the United States Secretary of Defence Donald Rumsfeld's visit to Singapore in conjunction with an international security conference also attended by DPM Najib. Difficult assignment I must say but I am learning the rope of the task of being a foreign correspondence.
It's going to be busy in Sabah for me and I am not sure if I can have the time to catch up with the community.
Kononnyalah. Saya pun tidak tahu. Tapi rasanya tiada salah jika dicuba. Lagi pun halia sebenarnya tergolong dalam kategori herba dan madu lebah pula memang diakui dunia saintifik sebagai membawa kebaikan untuk manusia.
Caranya begini. Ambil kira-kira setengah genggam halia, bersihkan dan kemudian tumbuk sehingga lumat untuk menghasilkan kira-kira setengah gelas bahan halia hancur. Lepas tu campurkan madu lebah kira-kira tiga sudu makan dan lepas tu campur air suam sehingga gelas tu penuh. Lepas tu, kacau campuran hingga sebati dan minum sehingga habis.
Pastikan madu tu yang original punya, sebaik-baiknya madu putih. Seboleh-bolehnya bukanlah dari madu yang dijual di supermarket tapi kalau tiada jumpa madu original bolehlah juga gunakan yang dijual di kedai. Minumlah campuran tu sekali sehari. Pantang: jangan mandi apabila matahari sudah terbenam atau sebelum matahari terbit. Tak tahulah mujarab atau tidak penawar tradisi ini. Cubalah dalam seminggu kalau tiada perubahan, maknanya tidak mujarablah ramuan ini. Ada juga orang kata kunyit hitam lebih mujarab lagi berbanding halia.
Mana mau dapat madu ori dan madu putih? Yang saya tahu dua tempat sahaja: di gerai-gerai yang ada di Jalan Tamparuli-Kundasang dan di satu gerai tepi jalan antara Gunung Emas dan Pekan Tambunan.
Bah cubalah, kalau mujarab, bolehlah saya menceburi profesion baru sebagai seorang bomoh.
Selepas hampir semalaman bertarung dengan template, akhirnya saya dapat juga meletakkan semula komen-komen lama sebaris dengan komen Haloscan. Komen-komen lama boleh dibaca melalui Blogger Comments. Kini ahli komuniti boleh memilih untuk meletakkan komen mengikut kecenderungan masing-masing.
Kelebihan Haloscan ialah ia lebih cepat dan apabila kita membuat komen, ruangan komen akan muncul di tetingkap (window) yang baru.
Haloscan commenting and trackback have been added to this blog.


